Krabi Trip #Part3
Saturday, November 9, 2013 • 7:57 AM • 0 comments
Hello, ok nak sambung balik cerita dari post atas tadi..
teaser sikekkkk... haha tom yam original made in Thailand, dinner kitorang untuk malam balik dari Phi Phi Island.. Tak sedap pun... Malaysia punya juga paling WIN dah la mahal pulak tu. Aku suggest korang jangan la makan kat restaurant2 yang berlambak kat sana.. memang semua mahal weh. kitorang makan ni campur air semua dalam 899bath jugak la. Haish cari la gerai2 tepi jalan je nanti k?
5/11/2013
Sebelum kitorang makan mahal semalam tu, sempat gak kitorang cari aktiviti untuk esok. Memang kitorang dah plan sebelum sampai krabi lagi, nak naik gajah.... nak naik juga.. padahal banyak je package lain yang lagi syiok, tapi takpe. Elephant trekking tersangatlah murah dan berbaloi. 400bath seorang. Kalau nasib tak baik mungkin korang kena 500bath. Mohon bargain sebelum korang setuju nak ambil package tu ye.
Kitorang ambil dekat Tour yang sama dengan Phi Phi island semalam, maybe sebab tu dia bagi murah kot :p kalau elephant trekking ni korang boleh choose nak naik gajah pukul berapa. Available from 9am. Yang kitorang nak pagi semua dah fully booked. Last2 naik pukul 1pm. Balun saja lah, naik sejam je... Nanti van ambil depan hotel macam biasa pastu bawak pergi tempat gajah bertapa. K. haha
Tu lah trek laluan gajah ni setiap hari, dah la aku tak pernah naik gajah, sekali ko lalu kat lecak lumpur bagai, MEMANG tak takut pun kan! hahahaha. aku dah jerit jerit bagai, duduk atas gajah dah tinggi, laluan dia pulak hmmmm. But actually it was very fun tho~! ;)
Gajah gajah ni siap di ajar untuk buat aksi dalam air hokay. Eh maksud aku dia baling air guna belalai dia kat kita. haha tapi takde la sampai basah. eee comel kot. geram tapi takut. acano tu? lepas habis naik gajah ni kitorang dihantar semula kat depan hotel, tapi cam awal lagi jeee nak balik, cam awalllll jeee. Nak pergi massage, tapi memang tak termasuk dalam budget. Kat krabi berderet Thai massage, beware of pondans k kalau nak pergi. Dah ah ngorat bf ite. Huhhhh -..-t
So ape lagi,settle semua, kitorang merempit sepanjang panjang pantai Ao Nang tu la. Dah la banyak kedai souvenirs, murah murah wei, serious cakap aaa ni. Aku jadi tak mampu sebab unplanned, takde la motif aku g krabi nak bershopping kan? takat beli baju untuk family lepas la. Oh ya fridge magnet cuma 100bath dapat 4-5pcs. Murah sangat. and lupa nak cerita, aku sempat grab handmade jeans backpack for 150bath masa kat Krabi Night Market!! so much love. sorry tak sempat nak ambil gambar souvenirs, bag dengan shirts yang aku beli tu :(
Dah pukul 2.30pm sampai depan hotel, kitorang merempit pergi cari makanan, hehehe jumpa ada satu deret gerai makanan orang islam. Betul betul tepi jalan.. ada dalam 6-7 gerai, and paling penting bila datang sini wajib makan pancakes dengan milkshake! wajibbbb!
Ha ni la deret gerai-gerai tu, Siap ada jual nasi goreng semua for only 50-60 bath! boleh makan kat tepi gerai ala-ala gerai cendol kat Malaysia! hahaha
Kitorang beli pancakes kat makcik ni, sebab time tu dia cam tengah relax takda kerja, so bagi dia kerja sikit, kitorang ordered 4 pancakes! aku dgn syamim banana nutella pancakes, nabil banana nutella strawberry, muz punya aku lupa, cheese kot. Semua nya sedappppppp :D
tengok flavour apa korang ambil, paling murah 30bath... murah je. sedap pulak tu.. aku try 3 kali pancake tempat yang berasingan, dekat dengan hotel satu, krabi night market satu, dengan makcik ni.... kat hotel tu kureng sikit. hehehe entah pahal rasa lain2 entah.
Milkshake for only 30bath. Dah la mixed fruits pulak tu, tapi cuma 30bath. Murahnyaaaaaaa cup besar macam large size chatime....
Ok dah kenyang makan pancakes dengan milkshake, kitorang order nasi goreng tomyam dengan mango with sticky rice! heheh... mango with sticky rice 50bath, nasi 50bath.. pastu ada juga orang jual fishball cucuk cucuk tu, 20bath satu cucuk, ada 4 ketul. haaaaa detailnya aku bgtau hehehe. Tapi makanan kat street ni jauh lebih murah. Menyesal makan kat restaurant semalam tu. phuih~!
Our selfie mode is on. haha sempat selfie terlompat lompat dekat Ao Nang beach. Waktu ni tak ramai sebab air laut tengah surut. Boleh gak la nampak anak ketam keluar berlari lari. Geli K. Geliiiii =_= selesai selfie kitorang kena hantar motor dahhhh :((((( malam malam jalan area dekat hotel. oh pastu ingat nak cari mineral water kat 7e. sekali nyaaaaaa jumpa redbulls 10bath! eh ceteka kalau convert jadi berapa kat Malaysia???? rm1 hinggit je. Tapi kenapa Malaysia mahal nak mampus? hahaha
Air yang sempat kitorang borong kat 7e. coke tu pun 10bath. Air mineral nestle 7bath. Murah sangat2 I tell youuu. Sila lah datang sini ya. Rasanya entry pun dah nak habis kot? haha the next day 6/11/13 kitorang punya flight pukul 8.25am, tapi teksi ambil pukul 6am. It took 40mins or less to arrive at the Krabi airport. cost untuk teksi 150bath seorang. Naik van yang dalam tu cuma ada kitorang berempat je. heheh.
awwwww ni dah sampai krabi airport. sedih je muka. agagaga. eh jap sebelum nak tamatkan episode Krabi Trip ni,nak tinggalkan tips siket...
Tipsssssss :-
1. Bargain.. Bargain selagi boleh, jangan risau, diorang kat sana takkan marah kalau korang mintak kurang pun, separuh kedai tu siap bagi calculator lagi suruh kita letak harga yang kita nak.
2. Jangan senang tertipu dengan makanan kat sana, diorang cakap je makanan halal, tapi ada beer. K.
3. Fast foods memang tak halal.
4. Kalau nak tau kedai tu Islam ke tidak, trademark bulan sabit dengan bintang.
5. Kalau setakat backpackers, bawa 4000bath memang cukup. Tapi make sure bawa extra money duit Malaysia, takut takut terover budget.. money changer pun berlambak kat sana. don't worry. hehe ok habis. babai! :D
By Aten Abdullah Sani :)
Le Blogger

Aten Abdullah Sani, 21, not a student anymore :p
ღ
ღ
ღ
Taggie Board
Old Stories
Credits

Edited : Atendaae
















