Dashboard | +Follow
My Story
Krabi Trip #Part1
Saturday, November 9, 2013 • 7:57 AM • 3 comments

Assalamualaikum and hi pepols!

Lama jugak aku menghilang tak update blog. Well actually 2-6hb lepas aku pergi Krabi, Thailand. Apa yang ada kat Krabi? Oh ya, sila google gambar sekarang.. ah takpun sila baca post aku kali ni yang panjang berjela nak mampusnya. Ops. Tapi memang panjang...

Rough Cost//Kos secara kasar
Transport pergi (Naik train dari KL Sentral turun kat Hatyai) = RM54 katil atas.
Hotel (well actually it's a guesthouse!) = 2400bath / RM240 4 hari 3 malam and 2 bilik. Murah tak murah tu? Bila kami pergi 4 orang, maka kami bahagikan, setiap orang cuma perlu bayar 60bath/RM60.
Transport balik (Flight AirAsia) = RM110 termasuk airport tax dan segala bagai, kalau tak baru rm70 sahaja. Sobs membazir..
Belanja = 4000bath dan RM100(incase tak cukup haha)

TOTAL = RM700 SAHAJA. kalau tak caya kira sendiri haha

2-3/11/13
Kitorang tak plan pun nak naik train, tapi memandangkan tarikh yang kitorang nak pergi ni hari sabtu, flight mahal, cecah RM200 juga la untuk balik je, kitorang ni cuma backpackers, jadi kitorang decide nak minimize kan budget seboleh bolehnya, so naik train, memang sampai lambat dan memenatkan, tapiiiiii boleh choose yang ada katil kan? murah pun murah, naik kat kl sentral, turun kat Hatyai. our journey took 13 hours. hahaha Dari 9.30pm 2/11/13 - 10.30am 3/11/13. Nanti train akan berhenti dekat padang besar about 45mins untuk cop imigresen pastu korang boleh la berlenggang lenggang sementara tunggu kepala train bertukar untuk ke Hatyai pula. Dari Padang Besar nak ke Hatyai 40mins or less. Kejap jeee :D 

 suasana dalam train. hehehe selesa :)
Pejabat Imigresen kat Padang Besar siap ada kedai Makan :p

Ok lepas dah sampai Hatyai, kena cari orang yang sediakan van/mini bus utk ke Krabi/ Ao Nang, depends korang tinggal mana. Berlambak je tour information bila korang keluar dari station Hatyai tu. Tapi sileeeee, sila bargain dengan dorang. Sebabnya dorang ni tau kita pelancong, kalau boleh nak bagi paling mahal, sakit hati aku. Mula2 tanya sorang ni dia kata Van nak ke Krabi 850bath. watahek weh, ni paling mahal, sedangkan aku baca blog orang boleh dapat 350bath sahaja. Bargain punya bargain, dapat gak 400bath.. tu pun selepas kitorang join satu lagi group nak ke krabi jugak. Dari Hatyai nak ke Krabi sebenarnya 3-4 hours je, tapi driver kitorang ni kalut benda entah, nak dekat sejam dia benti kat satu tempat ni untuk tunggu sorang budak Thailand juga. Tak paham aku. Bazir masa I hokay T_T

Ni area hotel kitorang.

Kitorang duduk hotel budget je, tak penting kot kalau pergi dengan kawan kawan nak duduk hotel mahal kan? think logically, sebab kita datang sini untuk berjalan, bukan untuk duduk terperap dalam hotel. Tapi condition hotel tu make sure bersih la. Luckily, hotel kitorang yang bernama Popeye's Guest House kat Ao Nang ni bersihhhhh dan selesa, siap ada iron and dobi services lagitu. Bilik tak banyak, ada 7 je tak silap. Kalau nak booking hotel, korang pergi Booking.com. Sampai sana baru bayar okay? takyah susah susah nak bankin or guna credit card bagai. Kitorang sampai hotel dalam pukul 5.45pm mcmtu, tapi Thailand lambat sejam dari Malaysia, hehe :D

Dah settle check in, malam tu kitorang cari package untuk esok, nak g Phi Phi island Tour katanyaaaa. Haha gigih kitorang cari paling murah, jangan risau, datang Ao Nang berderet Tour information, boleh bargain. Harga asal 1200bath, kitorang bargain dapat 1000bath seorang (duit ni termasuk dalam duit perbelanjaan kitorang FYI). Nanti orang tu explain pasal tour ni, diorang sediakan from A-Z. maksudnya pick up depan hotel, lunch, snorkeling set dan ada few things lagi. Memang berbaloiii I tell you. K :p 

Habis pasal package untuk esok, kitorang decide nak cari kedai makan... tapi ada sorang driver tuk-tuk ni offer pergi Krabi Night Market.. Krabi night market ni memang famous among tourist, banyak makanan, and souvenirs yang murah berbanding AoNang, tapi sayangnya, dia buka jumaat malam sampai ahad je. We're the lucky one lah dapat pergi sana hari ahad, eheheh.. naik tuk-tuk van mahal sikit, it cost 200bath pergi dan balik kalau tak silap. Jauh jugak la dari Ao Nang beach nak pergi Krabi Town, dalam 30mins. 

 Kat dalam tuk tuk pun mampu bergambar hahah
 Krabi Night Market. Kalau kat Malaysia macam pasar malam high standard ala ala jonker walk gituw.
 Coklat. Rambang mata wei.. tapi aku cuak nak beli sebab takot tak halal :O
 Jelly kot? haha

Ketiyau supsss. Yang ni halal. Korang kalau nak tau halal ke tak, kat kedai tu ada gambar bulan sabit dengan bintang. Tu je trademark dia. Pelik sikit sup dia, rasa manis. heheh. Banyak gak kedai makan kat sini. Tapi korang berhati hati la sebelum beli :)

Kitorang sempat jugak shopping kat sini, baju I <3 Krabi baru 100bath per piece, dewasa or kanak-kanak sama je harga dia. Beli 10 dapat free 1. WIN gila kan? :D ok rasanya tu saja untuk hari pertama kitorang kat sini, sambung next entry untuk Phi Phi Island Tour!~

Macam comel je... macam comel je... macam nak kena lempang jeeee. Heh. 


By Aten Abdullah Sani :)



Le Blogger

Alien Robots Slot
 photo PhotoGrid_1371300175349_11_zps94be8c57.jpg

Aten Abdullah Sani, 21, not a student anymore :p
ღ Go to entries
ღ Look profile here
ღ Let's Exchange Link
ღ Le Important People In Life

Taggie Board





Old Stories



Credits

Photobucket
Template : Google,Atendaae
Edited : Atendaae