Malas.
Tuesday, April 23, 2013 • 9:22 AM • 0 comments
*entry kali ni panjang berjela, mohon jangan teruskan membaca kalau anda bukan pembaca blog yang tegar*
Semenjak dua menjak tiga menjak dah habis study ni kan, aku suka bebenor nak g bercuti. Kalau duit banyak, dah lama pergi. Tapiiiiii as for now, pergi dengan kengkawan n family saje yang termampu. Itu pun dekat dekat. Bulan 1 haritu pergi Bandar Melaka. Saja teringin nak makan asam pedas dengan ikan bakar. perghhh dapnya dapnya :p ok titik. Bulan 3 lepas pula pergi Cameron Highlands dengan keluarga ehem ehem. Eh sat, bukan keluarga je, cousins juga Ok. Tak ke malu gitew. Tapi best ah since dah lama tak pergi Cameron. Mekasih pakcik makcik yang sudi taja saya yang tak berkemampuan ni hehehe.
Kitorang dah acah acah honeymoon pulak aih kat sana. 2 hari rasanya tak cukup nak menikmati kesejukan kat Cameron ni. Haih tak puas nak pergi lagi. Ok dah.
17 haribulan empat bersamaan khamis minggu lepas aku menamatkan zaman kontrakku bekerja di Sapura Industrial Berhad. Yah, genap 2 bulan, kontrak tu sama la dengan temporary staff, bekerja gantikan orang bersalin lepas je habis practical 3 bulan kat sana. So total 5 bulan melekat dekat Sapura tu. Best, a wonderful experiences. Tak terkata bila dapat peluang bekerja di office. Tapi aku memain masa kerja sana, sebab mood melayang risaukan hal degree la ape la. hahaha. Berapa kali entah kena tegur sebab selalu online kat office blergh :p
Oh kat sana semua Melayu, bebaik semuanya, itu pun diorang ajak sambung kontrak lagi tapi aku tak mau. Rasanya macam lepaskan peluang bodo-bodo je kan? Hahaha tapi bagi aku, nak relax jap. Nak settle kan semua hal degree baru aku mula cari kerja balik.
Haritu sebelum aku blah, sempat juga diorang buat farewell party. Lagi tak tahan, budak-budak practical gather buatkan surprise party untuk aku. oh oh am so *touched* :( Siap share duit belikan cake, mayn, nak menangis pun takda air mata dah....
Tengokkkk tuuuu siapa tak sedih :( *kesat air mata*
dann juga farewell oleh HR team. Sapura memang terbaik. Birthday pun diorang celebrate sekali. Me love!
Anyway credits for those yang banyak tolong masa bekerja, HR team, practical students, Iyla... dan kalau nak dilistkan, jenuh nak naip.
tengokkkk lagi. Banyak nyaaaaa benda dapat. Terima kasih :')
By Aten Abdullah Sani :)
Le Blogger

Aten Abdullah Sani, 21, not a student anymore :p
ღ
ღ
ღ
Taggie Board
Old Stories
Credits

Edited : Atendaae














