The Untold Story
Sunday, September 30, 2012 • 4:59 AM • 0 comments
Dear you,
Aku tahu kita dah tak macam dulu. Sebab apa, kenapa, mengapa, biar kita yang tahu. Walaupun orang nampak kita lain,tapi dalam hati kita tak sama macam apa yang mereka fikirkan.. Dulu, kau pendengar aku yang satu, kau sokong setiap langkah aku, kau la best friend, kau la yang teman aku dan ke mana sahaja kita akan bersama.
Tapi cinta, tak semua yang kita rancang, yang kita impikan boleh jadi realiti. Allah tu maha adil bukan? setiap kegembiraan yang kita kecapi, pasti ada kesedihannya juga, dan aku tak mampu menipu, ini saat paling sedih pernah aku alami selama kita bersama.
Aku tau, aku bukan yang terbaik, setiap kata tutur yang aku luahkan, cara percakapan aku, pasti ada silapnya. Jangan hukum aku kerana itu. Izinkan aku fahami sekali lagi apa yang kau rasa selama dengan aku walaupun aku dah cuba faham kau sedalam dalamnya, tetapi aku gagal. Kalau lah kau nampak yang aku juga cuba memaafkan silap kau yang lalu.
Jangan kau seksa perasaan ini, kerana, apa yang aku rasa, aku percaya kau juga turut rasakan. Sayang,walau aku tahu kau takkan baca entry bodoh ni, kata aku, andai tiada jodoh antara kita sekalipun, puaskan aku dengan hanya melihat kau walau sekilas.
By Aten Abdullah Sani :)
Le Blogger

Aten Abdullah Sani, 21, not a student anymore :p
ღ
ღ
ღ
Taggie Board
Old Stories
Credits

Edited : Atendaae






