Skin Care ^.^
Friday, June 15, 2012 • 5:52 AM • 0 comments
Hi assalamualaikum :D
Di hari jumaat yang indah ni saya berasa teramat lah rajin nak update blog. Nak share sikit skin care yang saya gunakan, eh (bajet macam kulit cantik sangat je kan) Tak kesah la, saya cuma nak share je pendapat, tak minta pun korang untuk ikut ataupun beli :D
Alhamdulillah sebenarnya kulit saya tak banyak problems pun, dulu masa sekolah biasa la tona kulit memang tak sekata, tapi jarang - jarang sangat ada jerawat. Kecuali kalau datang bulan, dan ya, jerawat tu perkara normal bagi perempuan yang datang bulan ;)
Sekarang saya gunakan pencuci muka daripada Etude House, saya guna Happy Teatime yang Green Tea punya, sesuai untuk kulit muka yang tak banyak masalah :)
Masa zaman sekolah saya pengguna tegar Fair & Lovely, dari darjah 6 sampai habis sekolah, nampak tak betapa setianya saya? haha muka memang okay, tapi lately ni saya terasa nak tukar produk lain, mana la tahu okay ke, jadi ibu saya sendiri suggest saya gunakan Olay white radiance. Alhamdulillah muka pun kurang berminyak berbanding masa saya gunakan Fair & Lovely dulu.
Saya gunakan B.B cream daripada Maybelline sebab bila pakai kulit nampak sangat smooth dan ada perlindungan SPF 26. Sesuai untuk kulit remaja yang selalu keluar waktu siang macam saya ni. Tapi saya jarang gunakan bb cream pada waktu malam. Kalau kita asyik pakai bb cream/compact powder, kulit muka susah nak bernafas. :)
Kalau mask pula, saya memang gunakan mask daripada Etude House, dan gunakannya seminggu sekali atau dua kali. Biasanya Etude akan combinekan dalam 1 pack terdapat 5 variations.
Aloe - Contains moisturizing aloe to prevent acne and soothe skin.
Lemon - Contains lemon extract to brighten and clarify skin tone.
Pomegranate - Contains pomegranate additives to nourish skin for a healthy complexion.
Pearl Extract - Contains pearl extract to promote natural skin glow
(sources - google)
dan kadang kadang saya akan pakai mask Collagen daripada Etude House. Lepas pakai mask ni korang akan rasa sangat fresh! serious tak tipu hehe :D
Okay sampai sini saja, saya tak dibayar untuk promote barang Etude pun, dah nama pun share kan. Hehe. Thank you for reading :)
By Aten Abdullah Sani :)
Le Blogger

Aten Abdullah Sani, 21, not a student anymore :p
ღ
ღ
ღ
Taggie Board
Old Stories
Credits

Edited : Atendaae











