Dashboard | +Follow
My Story
-- simpan.
Tuesday, June 12, 2012 • 10:09 AM • 0 comments

"Hati tak pernah berhenti menangis. Cuma mata yang sembunyi segalanya"

Dulunya bercerita kat kawan masalah peribadi tu satu benda yang penting. Dulu lah. Semua benda nak kongsi dengan kawan. Tapi masa dah berubah, usia dah meningkat. Bila fikir baik buruk cerita kat orang, buruknya, cerita tu takkan berakhir disitu saja, mesti ada yang sampai-sampaikan. Walau kita percaya macam mana pun seseorang tu, benda tu akan terlepas juga.. Sama juga macam orang, lagi disayang, lagi dia akan menjauh.. Allah tarik rasa sayang supaya kita tak lupa kat Dia, supaya bila kita sayang seseorang, kita tak lalai, tak alpa. 
...
Sekarang, bila sedih, bila ada masalah, tak tahu nak cerita dekat siapa, bukan la nak dikatakan takda kawan, kawan merata, yang sedia menadah telinga tu memang tak terkira, tapi aku lebih prefer simpan, pendam, lepastu aku fikir, apa aku dah buat.. apa yang sebenarnya Allah nak tunjuk. Kalau cerita kat orang pun, mungkin bila teringat, biasanya, aku akan lupa macam tu je bila aku sedih, aku menangis, aku tidur, esoknya, aku bangun, seperti biasa. Hilang. Aku anggap perkara yang berlaku semalam cuma mimpi. Mimpi ngeri mungkin? Tak siapa tahu hati ni tak pernah henti menangis, tak pernah menyuarakan apa yang ditangisi. kenapa, apa yang berlaku.. Aku memilih diam. Diam untuk buat diri leka daripada terus memikirkan benda yang tak harus aku fikirkan.
...
Hati ni dah lama robek, tapi dia masih bisa diperbaiki. InsyaAllah, tak lama lagi pulih. Terima Kasih Allah kerana bagi aku kekuatan untuk simpan luka ini. 

By Aten Abdullah Sani :)



•
Le Blogger

Alien Robots Slot
 photo PhotoGrid_1371300175349_11_zps94be8c57.jpg

Aten Abdullah Sani, 21, not a student anymore :p
Go to entries
Look profile here
Let's Exchange Link
Le Important People In Life

Taggie Board





Old Stories



Credits

Photobucket
Template : Google,Atendaae
Edited : Atendaae