Family vs Sahabat vs Relationship
Monday, April 23, 2012 • 8:06 PM • 0 comments
Dalam apa jua keadaan sekalipun, keluarga tetap yang pertama, keluarga lah penguat segalanya, yang tahu apa kehendak kita. Susah senang , bukan boyfriend/girlfriend yang boleh tolong kita ya kan? Jika nak dibandingkan dengan sahabat, jujurnya memang sahabat pun boleh bantu kita, tapi yang sanggup ada masa kita susah, mungkin hanya satu dalam seribu.
Kat dalam dunia ni, tak semua yang kita kenal hari semalam mampu jadi sahabat buat kita untuk hari akan datang. Dan tak semua kawan boleh jadi sahabat kerana, nak dapat seorang kawan,sesenang seorang kawan bertukar menjadi musuh.. Manusia senang je nak berubah, kalau jumpa yang baru, yang lama memang sah sah ditinggalkan. Percaya atau tidak, kawan juga mampu rampas kebahagiaan yang kita ada.
Pernah dengar tak orang kata "kawan makan kawan" atau "kawan perampas". Biasanya manusia macam tu memang hanya layak digelar kawan atau mungkin musuh,langsung tak layak digelar sahabat. Sedangkan yang dulunya sahabat pun mampu bertukar menjadi musuh, apatah lagi kawan kan?
Jadi konklusinya, keluarga tetap yang pertama dan yang terakhir, jangan pernah mengetepikan mereka hanya untuk orang lain. Dan satu lagi, walau kita sayang seseorang hingga berjanji nak berkahwin sekalipun, bila bergaduh , tak perlu libatkan keluarga mahupun kawan kalau ianya hanya akan mengeruhkan keadaan.
By Aten Abdullah Sani :)
Le Blogger

Aten Abdullah Sani, 21, not a student anymore :p
ღ
ღ
ღ
Taggie Board
Old Stories
Credits

Edited : Atendaae






